Ayat Seribu Dinar

♥ ♥ ♥ Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup, Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ♦ Firman AYAT SERIBU DINAR ♦ ♦ ♦ Linn De'Cafe Mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin ♥ ♥ ♥

26 Ogos 2010

Nasi Beriani


Kali nie Kak Linn tak nak buang masa lagi... apa kata kita cerita pasal Nasi Beriani pulak... Nasi Beriani nie adalah makanan favourite orang-orang kita nie especially kat majlis kahwin... tak sah kalau takde Nasi Beriani... Dia punya rasa... pehhhhh marvellous la... memang gian makan Nasi Beriani nie... masa dulu-dulu... nak makan Nasi Beriani nie kena tunggu ada jemputan kahwin jek... tapi sekarang... setelah dikomersialkan... dah banyak tempat boleh didapati... Nasi Beriani yang paling glamour sekali ialah Nasi Beriani Batu Pahat... senang nak dapat dah... pegi ler ke Batu Pahat... Cuma kena cari mana satu kedai yang paling sodaaapppp la... baru thumb up... Kalau jauh sangat nak pegi Batu Pahat, banyak tempat ada jual dah... kekadang kat Bazar Ramadhan pun ada jual gak... itu belum lagi Pasar Malam... Cuma kena rajin cari ler...

Nak masak Nasi Beriani nie tak ler susah sangat... Cuma kena ada perasaan kasih sayang nak buat... Insya Allah menjadi la ia... Bahan-bahan dia ialah beras Basmathi (beras nie special skittt sebab beras dia panjang-panjang beza dengan beras biasa makan tuh, bawang besar, bawang putih, halia, minyak sapi, limau nipis, daun ketumbar, susu cair, tairu, air mawar (untuk wangikan nasi), daun pudina, rempah beriani, daun sup dan daun bawang, cengkih, pelaga, kayu manis, daun pandan, kekoma (bagi warna kuning-kuning oren), garam, perasa dan gula secukup rasa... tunggu sampai masak... dah siap.

Nak Masak Beriani Daging @ Ayam pun takler susah jugak... Cuma tak ler semudah ABC... hehehehhhh... Kita perlukan daging yang direbus empuk dahulu atau ayam, rempah beriani, bawang besar, bawang putih, halia, serai, kerisik, susu cair, cengkih, pelaga dan kayu manis, santan, sos tomato, daun sup dan daun bawang, daun pudina dan daun ketumbar, sedikit minyak sapi dan minyak masak, garam, perasa dan gula secukup rasa.

Dah Masak Beriani... kena la ada kawan dia pulak... Masak Dalca... baru ngammmm... Kita cuma perlukan daging yang sudah direbus empuk @ ayam, bawang goreng, bawang besar, bawang putih, halia, rempah kari, santan, kacang dal, kentang, carrot, terung, kacang panjang, tomato, sos tomato, daun sup dan daun bawang, daun kari, cengkih, pelaga dan kayu manis, sedikit air asam, daun kari, bawang besar yang dipotong 4, cili merah dan cili hijau sebagai aksesori. Dah siap...

Lepas tu kena la ada pulak penambah selera... Penchuk... bahan-bahannya... timun, nenas, cili merah, cuka @ limau nipis (bagi yang alergi cuka la), gula secukup rasa... siap...

Nasi Beriani : Nasi Beriani, Masak Beriani Daging @ Ayam, Masak Dalca, Penchuk (Papadom – ada disediakan)



Nak lagi sedapppp... boleh makan dengan Papadom... Pehhhhh... memang thumb up la...

Kalau nak makan Nasi Beriani Special... kena la ada Ayam Masak Merah... baru cukup padanannya... Nak masak Ayam Masak Merah, kena la ada ayam, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, tomato puree, cili kisar @ cili boh, garam, perasa dan gula secukup rasa.



Nasi Beriani Special : Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Masak Beriani Daging @ Ayam, Masak Dalca, Penchuk (Papadom – ada disediakan)


Ehhhhh... nape tu?? Terliur ker? Apa lagi... order la... jangan tak order... Hehehhhhhh...