Ayat Seribu Dinar

♥ ♥ ♥ Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup, Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ♦ Firman AYAT SERIBU DINAR ♦ ♦ ♦ Linn De'Cafe Mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin ♥ ♥ ♥

26 Ogos 2010

Kuih Tako


Kali nie Kak Linn nak cerita pasal Kuih Tako la pulak... memang sedap kuih nie... kalau masa bulan Ramadhan... kuih nie yang jadi favourite... macam drama ‘Sesuci Kaseh Ramadhan’ trademark Eja jual Kuih Tako masa bulan puasa... Sekarang nie tak susah nak dapatkan kuih nie... orang dah banyak jual kuih nie...


Cara nak buat Kuih Tako nie... senang saja... mula-mula buat kelongsong kuih nie gunakan daun pandan...



Kuih Tako nie ada dua lapisan... Lapisan bawah, kita gunakan tepung Hoen Kwee, gula, air dan sengkuang cina. Tepung Hoen Kwee nie cari yang warna hijau yek... letakkan bahagian nie kat bawah kelongsong kuih nie

Lepas tu  lapisan atas... mesti ada santan, gula, tepung beras dan garam. Bila dah pekat... tuangkan ke atas lapisan bawah tadi... Sejukkan... dah siap masak pun... Boleh la dimakan...