Nak buat Fruit Tart nie senang
jek... tapi agak remeh jugak sebab ada banyak bahagian nak kena buat...
Mula-mula kena buat pastri dulu... kena ada tepung gandum, mentega, patri
margerin, telur, gula ising dan sedikit garam... uli dah biarkan dalam peti
sejuk selama 30 minit dan bentukkan di dalam acuan dan bakar.
Lepas tu kena buat alas Tartlet
pulak... cairkan coklat masakan (double boiling la macam biasa). Bila dah cair,
sapukan coklat tadi di atas sebagai lapisan agar kastard yang akan kita
letakkan sekejap lagi tak meresap dekat pastry tadi. Sedappp tuh... ada coklat
lagi... hehehehhh....
Untuk buat krim kastard pulak...
Bahan A : kena ada susu segar, gula, mentega (semua kena masak sehingga
mendidih). Untuk Bahan B... kena ada susu segar lagi, tepung kastard, tepung
jagung, telur, esen vanilla dan sedikit garam (yang nie kacau rata lepas tu
ditapis dan masukkan ke dalam bahan A yang telah mendidih tadi. Masukkan
sedikit di dalam pastri yang telah dilapisi dengan coklat tadi.
Untuk hiasan pulak... boleh letak
hirisan buah strawberry, buah kiwi, buah peach @ buah-buahan lain yang
seangkatan dengannya... hehehhhhh (ikut suka la nak letak buah apa)...
Bila dah siap letak hirisan buah-buahan, letakkan instant jelly kat atas hirisan buah-buahan tu bagi nampak shinning... bling... bling... skittt... heehehehhhh... baru tambah excited nak makan Fruit Tart nie...
Kalau nak order, minimum 50 pcs yek...