Ayat Seribu Dinar

♥ ♥ ♥ Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup, Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ♦ Firman AYAT SERIBU DINAR ♦ ♦ ♦ Linn De'Cafe Mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin ♥ ♥ ♥

12 Julai 2010

Nasi Lemak



Cerita pasal nasi lemak nie… nama pun hujungnyer lemak… Kalau dah makan mesti ngantuk punya… Tapi itulah yang paling enak kat Malaysia nie… kalau tak takkan la rakyat Malaysia siap pegi supper makan Nasi Lemak lagi… Kak Linn memang suka sangat makan Nasi Lemak… thumb up la siapa yang mencipta masakan nie… Walaupun berlemak… cam kelapa, kata orang makin tua kelapa, makin lemak la santan kelapa. Ditambah pulak dengan sambal tumis – tak kira la sambal udang ker, sambal sotong ker, sambal ikan bilis ker… timun lagi… kacang tanah ngan ikan bilis goreng, papadom… pehhhh… tabik springgg la… kalau Nasi Lemak Special lagi sedappp… ada ayam goreng, telur rebus @ goreng ker… Meleleh air liur beb…



Bukan susah nak masak Nasi Lemak nie… yang penting ada perasaan kasih sayang nak memasak… Insya Allah menjadi punya… Masuk beras, santan, halia, serai, cukup garam, daun pandan… jadi la dia…


Ok… kalu dah meleleh air liur tuh… order ye… jangan tak order…