Ayat Seribu Dinar

♥ ♥ ♥ Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup, Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. ♦ Firman AYAT SERIBU DINAR ♦ ♦ ♦ Linn De'Cafe Mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin ♥ ♥ ♥

12 Julai 2010

Mi Rebus


Haiiii… penat nak cerita… tapi… makan punya pasal… sentiasa berbunga hati Kak Linn nie… masa kecil-kecil dulu… kat Johor nie glamor dengan Mi Rebus. Rasa dia pulak… Pehhhh… membuka selera. Ada macam-macam cara orang masak Mi Rebus nie… Tapi resipi yang diturunkan oleh mak Kak Linn dari keluarga turun-temurun memang thumb up…










Bermula dengan kuahnya yang dicampur dengan keledek, udang kering, taucu, kacang tanah, bawang besar, daging sebagai pemanis kuah, bawang putih, halia, serai dengan lengkuas, serbuk kari maka jadilah kuah Mi Rebus yang marbeles… Lepas tu ditambah pulak dengan tauge yang direbus sebentar, limau kasturi, telur rebus, bawang goreng, cili hiris, daun sup dengan daun bawang sebagai aksesori dia… Meleleh air liur dibuatnyer…


Jadi… tunggu apa lagi… order… jangan tak order…